共 同 迈 向 卓 越 与 辉 煌 Bersama Ke Arah Kecemerlangan Dan Kegemilangan

Your Translator

English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

My e-koko

建议您使用Google Chrome浏览器登陆本部落格以达至最佳的阅读效果

2018年12月19日星期三

TAHNIAH, KONTINJEN MALAYSIA MENGGONDOL 37 EMAS DI KEJOHANAN SUKAN UNIVERSITI ASEAN KE-19

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Kontinjen Malaysia yang mencatatkan pencapaian membanggakan dengan pungutan sebanyak 37 pingat emas dalam Kejohanan Sukan Universiti ASEAN ke-19 yang berlangsung di Naypyitaw, Myanmar.

Kejayaan ini sekaligus melepasi sasaran pingat emas yang ditetapkan iaitu 35. "Ini satu pencapaian membanggakan, menaikkan imej negara. Teruskan semangat ini untuk mencatatkan keputusan lebih baik pada masa akan datang," kata YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia dalam ucapan beliau.

Kontinjen Malaysia ke AUG 2018 diketuai oleh YH. Profesor Dato Dr. Yuserrie Zainuddin, Timbalan Naib Canselor (HEPA), Universiti Malaysia Pahang (UMP), dengan mempertaruhkan kekuatan seramai 279 orang atlet dan 103 orang pegawai pengiring dalam kejohanan pada edisi kali ini yang akan melabuhkan tirai pada hari ini.

Secara keseluruhan, sebanyak 16 acara disertai oleh kontinjen negara.

YB DR MASZLEE MALIK MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

没有评论:

发表评论

Penafian / Disclaimer:

Sebarang muaturun samada grafik,aplikasi,borang atau sebarang bahan adalah tanggungjawab sendiri. Pihak webmaster tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kecederaan yang berlaku ketika menggunakan maklumat di dalam laman web ini. Harap maklum

音乐盒