共 同 迈 向 卓 越 与 辉 煌 Bersama Ke Arah Kecemerlangan Dan Kegemilangan

Your Translator

English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

My e-koko

建议您使用Google Chrome浏览器登陆本部落格以达至最佳的阅读效果

2018年12月20日星期四

PROGRAM BACK TO SCHOOL

Kerajaan pada hari ini amat komited untuk membantu rakyat Malaysia. Terdapat pelbagai usaha telah dilakukan dalam memastikan rakyat Malaysia khususnya golongan B40 mendapat pendidikan sempurna. Petang tadi telah berlangsung Majlis Penyampaian Bantuan Sekolah sempena Program Back To School 2019 di Putrajaya.

Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, YB Puan Teo Nie Ching. Turut hadir ialah YBhg Datuk Dr Amin Senin, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Program yang mendapat sokongan Pertubuhan Warga Prihatin Putrajaya telah melibatkan 50 orang murid dari 24 buah sekolah di sekitar Putrajaya iaitu 14 buah Sekolah Rendah dan 10 buah Sekolah Menengah.

Penerima merupakan anak-anak yang kurang berkemampuan yang tinggal di sekitar Putrajaya. Pada majlis berkenaan YB Teo memaklumkan tujuan utama program ini adalah bagi meringankan serba sedikit beban yang dihadapi oleh para ibu bapa yang berkenaan sebelum memulakan sesi persekolahan yang akan datang. Selain menzahirkan penghargaan kepada Pertubuhan Warga Prihatin Putrajaya di atas kerjasama yang diberikan, beliau menekankan bahawa golongan B40 perlu diberikan perhatian dan dibantu. "Secara ikhlasnya saya amat berbangga dengan komitmen yang diberikan oleh pertubuhan warga prihatin Putrajaya ini.

Sesungguhnya kerjasama yang erat antara kerajaan dan badan bukan kerajaan amat penting dalam memastikan matlamat utama untuk membantu masyarakat yang kurang berkemampuan, " tambah beliau. Pada majlis sumbangan itu para pelajar telah menerima baucer RM100, alat tulis dan beg sekolah.

没有评论:

发表评论

Penafian / Disclaimer:

Sebarang muaturun samada grafik,aplikasi,borang atau sebarang bahan adalah tanggungjawab sendiri. Pihak webmaster tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kecederaan yang berlaku ketika menggunakan maklumat di dalam laman web ini. Harap maklum

音乐盒