共 同 迈 向 卓 越 与 辉 煌 Bersama Ke Arah Kecemerlangan Dan Kegemilangan

Your Translator

English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

My e-koko

建议您使用Google Chrome浏览器登陆本部落格以达至最佳的阅读效果

2018年12月26日星期三

Pentaksiran Bilik Darjah Tahap 1

Untuk makluman semua yang bertanya berkenaan dengan jenis pentaksiran yang akan menggantikan peperiksaan setelah ia dimansuhkan. Pentaksiran Bilik Darjah Tahap 1 ini akan bertumpukan kepada 'learning-centred' yang mana ia akan lebih meraikan kepelbagaian potensi dan sifat ingin tahu murid.

2018年12月20日星期四

PROGRAM BACK TO SCHOOL

Kerajaan pada hari ini amat komited untuk membantu rakyat Malaysia. Terdapat pelbagai usaha telah dilakukan dalam memastikan rakyat Malaysia khususnya golongan B40 mendapat pendidikan sempurna. Petang tadi telah berlangsung Majlis Penyampaian Bantuan Sekolah sempena Program Back To School 2019 di Putrajaya.

Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, YB Puan Teo Nie Ching. Turut hadir ialah YBhg Datuk Dr Amin Senin, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Program yang mendapat sokongan Pertubuhan Warga Prihatin Putrajaya telah melibatkan 50 orang murid dari 24 buah sekolah di sekitar Putrajaya iaitu 14 buah Sekolah Rendah dan 10 buah Sekolah Menengah.

Penerima merupakan anak-anak yang kurang berkemampuan yang tinggal di sekitar Putrajaya. Pada majlis berkenaan YB Teo memaklumkan tujuan utama program ini adalah bagi meringankan serba sedikit beban yang dihadapi oleh para ibu bapa yang berkenaan sebelum memulakan sesi persekolahan yang akan datang. Selain menzahirkan penghargaan kepada Pertubuhan Warga Prihatin Putrajaya di atas kerjasama yang diberikan, beliau menekankan bahawa golongan B40 perlu diberikan perhatian dan dibantu. "Secara ikhlasnya saya amat berbangga dengan komitmen yang diberikan oleh pertubuhan warga prihatin Putrajaya ini.

Sesungguhnya kerjasama yang erat antara kerajaan dan badan bukan kerajaan amat penting dalam memastikan matlamat utama untuk membantu masyarakat yang kurang berkemampuan, " tambah beliau. Pada majlis sumbangan itu para pelajar telah menerima baucer RM100, alat tulis dan beg sekolah.

2018年12月19日星期三

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)


Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.

Justeru itu, sekolah yang terlibat perlu mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan, kepimpinan dan pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (pdp) seiring dengan Pelan Pembangunan pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Berikut merupakan ringkasan pelan TS25.

Kenyataan Media Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan Pembukaan Kelas Prasekolah Kendalian KPM di SJKT dan SJKC mulai Januari 2019




Selamat Hari Lahir diucapkan kepada YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia.

Selamat Hari Lahir diucapkan kepada YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia. Semoga dipanjangkan usia dan dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus menerajui Kementerian Pendidikan.

Borang maklumat murid APDM versi offline.

Borang maklumat murid APDM versi offline. Memudahkan guru dan pihak sekolah mengisi maklumat berkenan data murid.

TAHNIAH, KONTINJEN MALAYSIA MENGGONDOL 37 EMAS DI KEJOHANAN SUKAN UNIVERSITI ASEAN KE-19

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Kontinjen Malaysia yang mencatatkan pencapaian membanggakan dengan pungutan sebanyak 37 pingat emas dalam Kejohanan Sukan Universiti ASEAN ke-19 yang berlangsung di Naypyitaw, Myanmar.

Kejayaan ini sekaligus melepasi sasaran pingat emas yang ditetapkan iaitu 35. "Ini satu pencapaian membanggakan, menaikkan imej negara. Teruskan semangat ini untuk mencatatkan keputusan lebih baik pada masa akan datang," kata YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia dalam ucapan beliau.

Kontinjen Malaysia ke AUG 2018 diketuai oleh YH. Profesor Dato Dr. Yuserrie Zainuddin, Timbalan Naib Canselor (HEPA), Universiti Malaysia Pahang (UMP), dengan mempertaruhkan kekuatan seramai 279 orang atlet dan 103 orang pegawai pengiring dalam kejohanan pada edisi kali ini yang akan melabuhkan tirai pada hari ini.

Secara keseluruhan, sebanyak 16 acara disertai oleh kontinjen negara.

YB DR MASZLEE MALIK MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

激励影片,加油吧!!!

PELAKSANAAN PEMAKAIAN KASUT DAN STOKING BERWARNA HITAM OLEH MURID DI SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PELAKSANAAN PEMAKAIAN KASUT DAN STOKING BERWARNA HITAM OLEH MURID DI SEKOLAHG KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

VIDEO KORPORAT PPD KLUANG VERSI 2 DISEMBER 2018

Penafian / Disclaimer:

Sebarang muaturun samada grafik,aplikasi,borang atau sebarang bahan adalah tanggungjawab sendiri. Pihak webmaster tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kecederaan yang berlaku ketika menggunakan maklumat di dalam laman web ini. Harap maklum

音乐盒