共 同 迈 向 卓 越 与 辉 煌 Bersama Ke Arah Kecemerlangan Dan Kegemilangan

Your Translator

English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

My e-koko

建议您使用Google Chrome浏览器登陆本部落格以达至最佳的阅读效果

2017年12月30日星期六

Sekolah Unggul Jauhar Ulung

1 Januari 2018, sesi persekolahan 2018 akan bermula di seluruh negeri Johor. Selamat kembali ke sekolah.
Sekolah Unggul Jauhar Ulung.

2017年12月27日星期三

PERUTUSAN AWAL TAHUN PERSEKOLAHAN SESI 2018 - PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

Bismillahirrahmanir rahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia, Salam Negara ku Malaysia dan Salam Muafakat Johor. 

Tuan-tuan, puan-puan dan warga pendidik negeri Johor dikasihi sekalian. 

Marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya kita dapat bersama-sama melabuhkan tirai untuk meneruskan tugas dan tanggungjawab pada tahun 2018 ini. Atas kesempatan itu, saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2018 kepada semua warga pendidikan negeri Johor sekalian. Semoga tahun ini kita dapat menyumbangkan keringat dan usaha untuk melonjakkan kecemerlangan dengan sekolah berkualiti dan kemenjadian murid kita ke tahap yang terbaik. 

Bermula 2016, kini masuk tahun ke 3 saya memimpin Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Sepanjang menerajui JPN Johor ini, banyak perkara telah saya pelajari tentang pengurusan modal insan yang perlu dilakukan dengan teliti dan pelibatan dengan pemimpin pendidikan perlu dibuat secara diplomatik. Berkat doa dan sokongan semua pihak, saya akan terus menerajui perubahan bersama-sama warga pendidikan demi memartabatkan sistem pendidikan negara amnya dan hala tuju pendidikan negeri Johor khasnya. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada warga pendidik negeri Johor yang telah berusaha dengan gigih dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan sepanjang tahun 2017. 

Tahun 2018 merupakan tahun ketiga dalam Gelombang 2 pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013—2025. Sasaran Gelombang ini adalah memacu peningkatan dan penambahbaikan dalam memacu sistem. Sebagai warga pendidikan yang berpandangan futuristik, kita harus sedar bahawa terdapat agenda yang lebih besar untuk menyediakan modal insan Johor bersifat holistik yang boleh mendepani cabaran masa hadapan. Wacana Transformasi Nasional 2050 atau TN50 yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak merupakan dasar futuristik yang bersifat holistik dan inklusif yang digagaskan untuk memeta hala tuju negara bagi tempoh tiga dekad akan datang. Sebenarnya kita warga pendidikan tidak perlu risau untuk merealisasi hasrat kerajaan ini kerana kita telahpun menyediakan asas yang kukuh dalam diri generasi akan datang melalui Enam Aspirasi Murid yang diterapkan melalui PPPM. Kita juga bersedia untuk memenuhi aspirasi global kerana pendidikan yang diamalkan di negara ini adalah amat selari dengan Sustainable Development Goals (SDG) ke Empat mengenai pendidikan yang menetapkan sasaran enrolmen universal pada tahun 2030. Anjakan paradigma ini lebih menjurus kepada transformasi minda yang membolehkan mereka berdaya saing dan mampu berdikari untuk membangunkan negara menjelang tahun 2050. 

Visi, Misi, Slogan, Motto dan segala perancangan telah disusun di sektor di JPN, unit di PPD dan sekolah bagi pelan tindakan tahun 2018 ini. Justeru, dengan prinsip kerja dan iltizam kita, marilah kita bergerak sederap berganding bahu dan bekerjasama untuk memastikan cita-cita, sasaran dan aspirasi murid yang kita dambakan menjadi realiti. Dengan tagline “Kerja Berkualiti, Ibadah Dihayati” dapat meneruskan usaha dalam kecekapan dan kecemerlangan kerja buat kita. Kerja berkualiti boleh dicapai dengan mengambil tindakan yang cepat, tepat, integriti (CTI) dalam melaksanakan amanah sebagai warga pendidik dan disokong pula dengan produktiviti, kreativiti dan inovasi (PCI) dalam mencapai keberhasilan kerja. Konsep ibadah dihayati perlu diperkukuhkan dengan pemahaman yang jelas. Kita menjalankan tugas dengan niat yang betul, dilaksanakan mengikut tatacara dan prosedur yang telah diberi garis panduannya, tugas yang dilakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh serta mempunyai matlamat untuk mencapai keberhasilan yang berimpak tinggi dan boleh dimanfaatkan oleh semua. 

Amanat saya pada tahun ini bertemakan SEKOLAH UNGGUL, JAUHAR ULUNG. Dalam konteks lanskap pendidikan negeri Johor kita menyahut Fokus dan Gerak Kerja Profesional KPPM, Datuk Dr. Amin bin Senin yang menjadikan dua perspektif dalam sasaran mikro iaitu kualiti sekolah dan kualiti kemenjadian murid sebagai keberhasilan utama Kementerian Pendidikan Malaysia. Dalam konteks pendidikan negeri Johor, kualiti sekolah diukur dengan menggunakan satu standard dan instrumean yang diguna pakai oleh semua sekolah iaitu Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) yang dibangunkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) dengan pencapaian 90% dan ke atas. Sekolah yang dapat mencapai tahap ini setelah diaudit akan dijulang sebagai SEKOLAH UNGGUL. 

Sekolah unggul ini diverifikasikan mengikut kelompoknya. Manakala kualiti kemenjadian murid memfokuskan kemenjadian dan keberhasilan murid melalui keberkesanan pelaksanaan dan pelaporan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang meliputi Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), PAJSK (SEGAK dan Kokurikulum) dan Psikometrik. Pendekatan holistik yang bersepadu meliputi semua aspek dalam membangunkan potensi individu iaitu jasmani, rohani, emosi dan intelektual murid. Selain itu, murid juga diiktiraf melalui pelibatan dalam kokurikulum seperti JSLC, aktiviti-pembentukan karakter murid Johor dan sebagainya. Sekiranya murid dapat memenuhi kriteria pengukuran ini, murid diiktiraf sebagai JAUHAR ULUNG. 

Harapan saya agar usaha murni yang dilakukan oleh warga pendidik negeri Johor akan meningkatkan lagi motivasi dan komitmen dalam melaksanakan segala amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Saya mendoakan semoga tuan-tuan dan puan-puan sekalian terus beristiqamah, beriltizam, menjiwai semangat, roh dan etika keguruan dalam menyampaikan perkhidmatan berimpak tinggi dengan cemerlang dan berintegriti sepanjang masa. Akhir kata, saya berharap kita semua dapat bekerja dalam satu pasukan yang mantap dan kukuh demi menjayakan SEKOLAH UNGGUL JAUHAR ULUNG. Mudah-mudahan segala usaha dan keringat yang dicurahkan umpama mutiara yang berharga akan tetap dipandang mulia walau banyak dugaan melanda. 

Wabillahitaufik Walhidayah. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 

Sekian, terima kasih. HAJI SHAHARUDIN BIN SHARIFF 
Pengarah Pendidikan Negeri Johor 
27 Disember 2017

2017年12月24日星期日

圣诞快乐

希望在未来的征程中,所有的朋友们都能身体健康,万事如意,心想事成。所有梦想都能成真,所有希望都能实现,所有愿望都能兑现。愿圣诞节开心快乐。

2017年12月5日星期二

PPSR

APA ITU PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH (PPSR)?
PPSR adalah pelaporan untuk memberi maklumat tentang kemenjadian murid di akhir persekolahan rendah. PPSR mempunyai 4 komponen iaitu:
1) Pentaksiran Bilik Darjah
2) Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan Dan Kokurikukum
3) Pentaksiran Psikometrik
4) UPSR

Penafian / Disclaimer:

Sebarang muaturun samada grafik,aplikasi,borang atau sebarang bahan adalah tanggungjawab sendiri. Pihak webmaster tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kecederaan yang berlaku ketika menggunakan maklumat di dalam laman web ini. Harap maklum

音乐盒