共 同 迈 向 卓 越 与 辉 煌 Bersama Ke Arah Kecemerlangan Dan Kegemilangan

Your Translator

English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

My e-koko

建议您使用Google Chrome浏览器登陆本部落格以达至最佳的阅读效果

2017年4月21日星期五

Jom baca bersama untuk 10 minit

Jom baca bersama untuk 10 minit pada 25 April 2017, jam 11.00 - 11.10 pagi

Tahukah anda bahawa tarikh 23 April setiap tahun merupakan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia (World Book and Copyright Day)?

Bersempena dengan sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia ini, pihak Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bersama dengan Perbadanan Perpustakaan Negeri bekerjasama menganjurkan aktiviti “Jom baca bersama untuk sepuluh minit” pada hari Selasa, 25 April 2017.

Siapa boleh sertai? Semua warga KPM dan sesiapa sahaja yang cintakan buku.

Bila? Pukul 11.00 hingga 11.10 pagi (selama 10 minit) pada 25 April 2017 (Selasa)

Bagaimana untuk sertai?

1. Sediakan atau bawa sejudul buku bersama-sama anda;

2. Baca buku yang dibawa tepat pada 11.00 pagi (walaupun sedang dalam mesyuarat) selama 10 minit; dan

3. Rakam foto aktiviti membaca ini dan hantar satu foto terbaik ke mbkmmoe@gmail.com sebelum pukul 5.00 petang pada hari yang sama.

Labelkan foto tersebut dengan nama bahagian atau jabatan anda.

# Foto anda akan dimuat naik ke laman facebook Majlis Buku Kebangsaan Malaysia dan foto yang menerima paling banyak 'like' pada pukul 3.00 petang 27 April akan menerima hadiah misteri.

没有评论:

发表评论

Penafian / Disclaimer:

Sebarang muaturun samada grafik,aplikasi,borang atau sebarang bahan adalah tanggungjawab sendiri. Pihak webmaster tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kecederaan yang berlaku ketika menggunakan maklumat di dalam laman web ini. Harap maklum

音乐盒