共 同 迈 向 卓 越 与 辉 煌 Bersama Ke Arah Kecemerlangan Dan Kegemilangan

Your Translator

English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

My e-koko

建议您使用Google Chrome浏览器登陆本部落格以达至最佳的阅读效果

2019年10月11日星期五

Program Sarapan Percuma (PSP)

Program Sarapan Pagi (PSP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah bertujuan untuk memberikan makanan tambahan yang memenuhi keperluan nutrisi penting bagi pertumbuhan fizikal dan kognitif murid-murid di sekolah rendah. 

PSP adalah berfokuskan kepada nutrition security yang bertujuan membekalkan makanan yang berkhasiat mengikut nilai kalori dan amalan pemakanan yang seimbang.
Pelaksanaan Program Sarapan Pagi (PSP) dicadangkan melalui dua mekanisme. Mekanisme pertama ialah pengoperasian PSP selama 30 minit menggunakan kombinasi menu utama dalam bentuk makanan bermasak dan menu buah-buahan. 

Mekanisme kedua pula ialah pengoperasian PSP selama 10 minit menggunakan kombinasi menu minuman produk tenusu /minuman berkhasiat dan menu makanan ringkas (berkonsepkan ready to eat/ grab n go) seperti roti, biskut, snek bijirin, kuih dan telur rebus. 

Senarai menu PSP dibangunkan bersama-sama dengan kepakaran pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) bagi memenuhi khasiat yang diperlukan oleh murid.
Waktu pemberian sarapan pagi ialah sebelum jam 8.30 pagi bagi murid sesi pagi dan sebelum 4.00 petang bagi murid sesi petang serta dijadualkan secara berperingkat-peringkat mengikut kesesuaian sekolah. 

Waktu makan murid akan dijadualkan secara berperingkat-peringkat dan lokasi tempat makan murid akan dipelbagaikan menggunakan ruang ataupun bilik yang ada di sekolah. Ini dapat memberikan masa untuk murid mencuci peralatan makanan masing-masing. 

Di samping itu, kaedah makanan di dalam kelas bersama-sama guru merupakan satu langkah praktikal daripada segi ruang dan hubungan mesra guru dengan murid. Guru akan bersarapan dengan murid dan di samping mengambil peluang untuk mendidik tentang khasiat makanan dan adab makan. Ini juga termasuk sebahagian dariapada Pendidikan Sivik yang ingin diterapkan oleh kementerian pada waktu ini.

没有评论:

发表评论

Penafian / Disclaimer:

Sebarang muaturun samada grafik,aplikasi,borang atau sebarang bahan adalah tanggungjawab sendiri. Pihak webmaster tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kecederaan yang berlaku ketika menggunakan maklumat di dalam laman web ini. Harap maklum

音乐盒