共 同 迈 向 卓 越 与 辉 煌 Bersama Ke Arah Kecemerlangan Dan Kegemilangan

Your Translator

English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

My e-koko

建议您使用Google Chrome浏览器登陆本部落格以达至最佳的阅读效果

2019年9月12日星期四

Ungkapkan Sayangi Malaysia

Berita baik untuk semua guru dan kakitangan sokongan sekolah-sekolah daerah Kluang Sempena Hari Malaysia 2019. Pejabat Pendidikan Daerah Kluang bersama rakan strategik RHB Bank Kluang menganjurkan pertandingan ‘Ungkapkan Sayangi Malaysia’. Guru-guru dan kakitangan sokongan sekolah-sekolah daerah Kluang perpeluang mencurahkan rasa sayang kepada Malaysia yang dicintai secara digital di ruangan komen dengan tidak melebihi 15 patah perkataan.

Syarat pertandingan :

1. Terbuka hanya kepada guru-guru dan kakitangan sokongan sekolah-sekolah daerah Kluang.

2. Peserta perlu LIKE PAGE FB PPD KLUANG, LIKE POST PERTANDINGAN & SHARE DI WALL FB PESERTA.

3. Hanya 1 pernyertaan sahaja bagi 1 id FB sahaja.

4. Setiap ungkapan mesti tidak kurang daripada 3 perkataan dan tidak lebih daripada 15 patah perkataan DIRUANGAN KOMEN dan perlu diakhiri dengan #sayangimalaysia #ppdkluang #rhbbank (TIDAK TERMASUK DALAM 15 PATAH PERKATAAN). CONTOH : TIADA NEGARA SEINDAH PERPADUANMU MALAYSIA, AKU BERSYUKUR KERANA AKU ANAK MALAYSIA #sayangimalaysia #ppdkluang #rhbbank

5. Penyertaan akan ditutup pada jam 11.59 malam 15 September 2019.

6. Dua ungkapan terbaik akan dipilih sebagai pemenang oleh panel pemilih dan akan berpeluang menerima BAUCER JUSCO BERNILAI RM500 SETIAP SEORANG yang ditaja oleh RHB BANK

7. Penyertaan yang tidak memenuhi syarat pertandingan akan digugurkan dari penilaian panel pemilih.

8. Peserta yang terpilih akan dihubungi oleh penganjur melalui FB Mesengger. Ayuh semua tunjukkan rasa sayang kita pada negara yang kita cintai dengan menyertai pertandingan ini beramai-ramai.

#sayangimalaysia #ppdkluang #rhbbank

没有评论:

发表评论

Penafian / Disclaimer:

Sebarang muaturun samada grafik,aplikasi,borang atau sebarang bahan adalah tanggungjawab sendiri. Pihak webmaster tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kecederaan yang berlaku ketika menggunakan maklumat di dalam laman web ini. Harap maklum

音乐盒