共 同 迈 向 卓 越 与 辉 煌 Bersama Ke Arah Kecemerlangan Dan Kegemilangan

Your Translator

English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

My e-koko

建议您使用Google Chrome浏览器登陆本部落格以达至最佳的阅读效果

2019年2月16日星期六

Kempen #StandTogether 2019 Minggu Baik Hati

Kempen #StandTogether 2019

Kami dengan sukacita ingin mengumumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia bekerjasama dengan R.AGE, SP Setia, Unicef Malaysia dan Star Media Group Berhad untuk penganjuran kali ke dua kempen #StandTogether Minggu Baik Hati 2019.

Kempen ini bertujuan mencegah kegiatan buli dengan memupuk nilai-nilai murni dalam menggalakkan sikap positif dan sifat baik hati dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif bagi murid sama ada di kelas, sekolah dan tempat awam.

Terdapat beberapa aktiviti serta program dirancang bagi guru dan murid, termasuk pertandingan projek Baik Hati, Bengkel Baik Hati dan juga aktiviti berunsur kebaikan yang boleh dimuat turun dari laman web kami. Maklumat lanjut boleh didapati di poster kami.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan kempen, aktiviti berunsur kebaikan dan pertandingan yang diadakan, sila hubungi Talian Baik Hati Kebangsaan di 017-2834406 atau 03-79671388

没有评论:

发表评论

Penafian / Disclaimer:

Sebarang muaturun samada grafik,aplikasi,borang atau sebarang bahan adalah tanggungjawab sendiri. Pihak webmaster tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kecederaan yang berlaku ketika menggunakan maklumat di dalam laman web ini. Harap maklum

音乐盒