Ziarah Cakna, sebuah program ziarah guru ke rumah pelajar terpilih bersifat menyantuni golongan ibu bapa dan penjaga merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menerapkan nilai budaya kasih sayang, saling menghormati dan memperkukuh hubungan antara sekolah dan kedua belah pihak.
Selain itu juga ianya memperluas konsep sekolah penyayang. Program ini akan menjadi platform buat ibu bapa dan guru berkongsi perkembangan menyeluruh pelajar dan akan diadakan serentak seluruh negara bermula Ahad dan Isnin ini, 9-10 Februari 2020.
没有评论:
发表评论