2020年7月20日星期一
Rukun Negara
Berikut adalah matlamat dan objektif pembentukan Rukun Negara.
Rukun Negara terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama menggariskan objektif masyarakat Malaysia yang mahu dibentuk manakala bahagian kedua menggariskan lima prinsip Rukun Negara.
Sumber: Laman FB Rasmi Arkib Negara Malaysia
2020年7月19日星期日
Rukun Negara
Penggubalan Rukun Negara pada tahun 1970 adalah bersandarkan kepada keperluan menimbulkan semangat dan identiti yang sama bagi semua rakyat Malaysia.
Rukun Negara yang disifatkan sebagai ideologi kebangsaan boleh mengeratkan perpaduan kaum memandangkan masyarakat akan mempunyai fikiran, perasaan dan nilai-nilai yang sama.
Ayuh sama-sama sematkan perkara yang tersirat di sebalik Rukun Negara agar perpaduan yang kita kecapi hari ini kekal selamanya
2020年7月10日星期五
SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-50 RUKUN NEGARA
Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-13 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang di-Pertuan Agong IV.
Rukun Negara diperkenalkan berikutan Peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Ianya diwujudkan dengan tujuan utama untuk membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan negara.
Jadikanlah Rukun Negara sebagai pegangan hidup dan didukung serta dipraktikkan oleh semua rakyat tidak kira kaum dan bangsa pada setiap masa.
Jadikanlah juga 5 Prinsip Rukun Negara sebagai asas identiti diri dan penyatuan sebagai bangsa Malaysia.
2019年8月27日星期二
2019年8月26日星期一
PELANCARAN PRGRAM PENGHAYATAN RUKUN NEGARA PERINGKAT DAERAH KLUANG 2019
PELANCARAN PRGRAM PENGHAYATAN RUKUN NEGARA
PERINGKAT DAERAH KLUANG 2019
#RukunNegara #HebahanInformation #myekoko
订阅:
博文 (Atom)
Penafian / Disclaimer:
Sebarang muaturun samada grafik,aplikasi,borang atau sebarang bahan adalah tanggungjawab sendiri. Pihak webmaster tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kecederaan yang berlaku ketika menggunakan maklumat di dalam laman web ini. Harap maklum