Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini menganjurkan Program Kecergasan KPM 2019 yang berlangsung di Dataran Putrajaya.
Program Kecergasan ini merupakan acara sambutan bersempena Bulan Sukan Negara 2019 yang dilancarkan serentak pada 12 Oktober 2019.
YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan hadir menyempurnakan program ini.
Turut hadir, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Amin Senin dan Pengarah BSKK, Ybrs. Zainal Abas.
Acara bermula seawal jam 7.30 pagi dengan senam robik, ini diikuti dengan acara Jalan 1Murid 1Sukan sejauh 3 kilometer.
Selain itu, turut diadakan aktiviti sukan sampingan dan pameran.
没有评论:
发表评论