Sukacita dimaklumkan bahawa pengiktirafan markah kokurikulum yang diberikan bagi Kuiz Celik Kewangan BSN adalah penyertaan PERINGKAT KEBANGSAAN.
Markah ini diambil kira dalam pemarkahan penglibatan kokurikulum dalam Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).
Murid mendapatkan markah 90 dan ke atas (9/10 soalan betul) untuk mendapatkan e-sijil. Sila cetak sijil dan berikan satu salinan kepada guru kelas bagi tujuan pengisian dalam PAJSK.
Jom jawab Kuiz Celik Kewangan BSN pada pautan berikut: http://bit.ly/CelikKewanganBSN
Tarikh akhir kuiz ini adalah pada 30 November 2020.