2018年12月31日星期一
2018年12月30日星期日
Pentaksiran Bilik Darjah Tahap 1
Meskipun tiada lagi peperiksaan, namun murid- murid akan dipastikan dapat memperolehi manfaat pada waktu pembelajaran dan pengajaran.
2018年12月29日星期六
2018年12月28日星期五
2018年12月27日星期四
2018年12月26日星期三
Pentaksiran Bilik Darjah Tahap 1
Untuk makluman semua yang bertanya berkenaan dengan jenis pentaksiran yang akan menggantikan peperiksaan setelah ia dimansuhkan.
Pentaksiran Bilik Darjah Tahap 1 ini akan bertumpukan kepada 'learning-centred' yang mana ia akan lebih meraikan kepelbagaian potensi dan sifat ingin tahu murid.
2018年12月25日星期二
2018年12月24日星期一
2018年12月23日星期日
2018年12月22日星期六
2018年12月21日星期五
2018年12月20日星期四
PROGRAM BACK TO SCHOOL
Kerajaan pada hari ini amat komited untuk membantu rakyat Malaysia. Terdapat pelbagai usaha telah dilakukan dalam memastikan rakyat Malaysia khususnya golongan B40 mendapat pendidikan sempurna.
Petang tadi telah berlangsung Majlis Penyampaian Bantuan Sekolah sempena Program Back To School 2019 di Putrajaya.
Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, YB Puan Teo Nie Ching. Turut hadir ialah YBhg Datuk Dr Amin Senin, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Program yang mendapat sokongan Pertubuhan Warga Prihatin Putrajaya telah melibatkan 50 orang murid dari 24 buah sekolah di sekitar Putrajaya iaitu 14 buah Sekolah Rendah dan 10 buah Sekolah Menengah.
Penerima merupakan anak-anak yang kurang berkemampuan yang tinggal di sekitar Putrajaya.
Pada majlis berkenaan YB Teo memaklumkan tujuan utama program ini adalah bagi meringankan serba sedikit beban yang dihadapi oleh para ibu bapa yang berkenaan sebelum memulakan sesi persekolahan yang akan datang.
Selain menzahirkan penghargaan kepada Pertubuhan Warga Prihatin Putrajaya di atas kerjasama yang diberikan, beliau menekankan bahawa golongan B40 perlu diberikan perhatian dan dibantu.
"Secara ikhlasnya saya amat berbangga dengan komitmen yang diberikan oleh pertubuhan warga prihatin Putrajaya ini.
Sesungguhnya kerjasama yang erat antara kerajaan dan badan bukan kerajaan amat penting dalam memastikan matlamat utama untuk membantu masyarakat yang kurang berkemampuan, " tambah beliau.
Pada majlis sumbangan itu para pelajar telah menerima baucer RM100, alat tulis dan beg sekolah.
2018年12月19日星期三
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
Justeru itu, sekolah yang terlibat perlu mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan, kepimpinan dan pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (pdp) seiring dengan Pelan Pembangunan pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Berikut merupakan ringkasan pelan TS25.
Selamat Hari Lahir diucapkan kepada YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia.
Selamat Hari Lahir diucapkan kepada YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia.
Semoga dipanjangkan usia dan dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus menerajui Kementerian Pendidikan.
Borang maklumat murid APDM versi offline.
Borang maklumat murid APDM versi offline. Memudahkan guru dan pihak sekolah mengisi maklumat berkenan data murid.
TAHNIAH, KONTINJEN MALAYSIA MENGGONDOL 37 EMAS DI KEJOHANAN SUKAN UNIVERSITI ASEAN KE-19
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Kontinjen Malaysia yang mencatatkan pencapaian membanggakan dengan pungutan sebanyak 37 pingat emas dalam Kejohanan Sukan Universiti ASEAN ke-19 yang berlangsung di Naypyitaw, Myanmar.
Kejayaan ini sekaligus melepasi sasaran pingat emas yang ditetapkan iaitu 35. "Ini satu pencapaian membanggakan, menaikkan imej negara. Teruskan semangat ini untuk mencatatkan keputusan lebih baik pada masa akan datang," kata YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia dalam ucapan beliau.
Kontinjen Malaysia ke AUG 2018 diketuai oleh YH. Profesor Dato Dr. Yuserrie Zainuddin, Timbalan Naib Canselor (HEPA), Universiti Malaysia Pahang (UMP), dengan mempertaruhkan kekuatan seramai 279 orang atlet dan 103 orang pegawai pengiring dalam kejohanan pada edisi kali ini yang akan melabuhkan tirai pada hari ini.
Secara keseluruhan, sebanyak 16 acara disertai oleh kontinjen negara.
YB DR MASZLEE MALIK MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
Kejayaan ini sekaligus melepasi sasaran pingat emas yang ditetapkan iaitu 35. "Ini satu pencapaian membanggakan, menaikkan imej negara. Teruskan semangat ini untuk mencatatkan keputusan lebih baik pada masa akan datang," kata YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia dalam ucapan beliau.
Kontinjen Malaysia ke AUG 2018 diketuai oleh YH. Profesor Dato Dr. Yuserrie Zainuddin, Timbalan Naib Canselor (HEPA), Universiti Malaysia Pahang (UMP), dengan mempertaruhkan kekuatan seramai 279 orang atlet dan 103 orang pegawai pengiring dalam kejohanan pada edisi kali ini yang akan melabuhkan tirai pada hari ini.
Secara keseluruhan, sebanyak 16 acara disertai oleh kontinjen negara.
YB DR MASZLEE MALIK MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PELAKSANAAN PEMAKAIAN KASUT DAN STOKING BERWARNA HITAM OLEH MURID DI SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PELAKSANAAN PEMAKAIAN KASUT DAN STOKING BERWARNA HITAM OLEH MURID DI SEKOLAHG KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
2018年12月18日星期二
2018年12月17日星期一
2018年12月13日星期四
订阅:
博文 (Atom)
Penafian / Disclaimer:
Sebarang muaturun samada grafik,aplikasi,borang atau sebarang bahan adalah tanggungjawab sendiri. Pihak webmaster tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kecederaan yang berlaku ketika menggunakan maklumat di dalam laman web ini. Harap maklum