2017年8月23日星期三

JEMPUTAN KERJASAMA PERTANDINGAN MEWARNA PERINGKAT NEGERI SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN 2017

JEMPUTAN KERJASAMA PERTANDINGAN MEWARNA PERINGKAT NEGERI SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN 2017

2017年8月19日星期六

IKON BAHARU 1 MALAYSIA NEGARAKU

SIARAN MEDIA
IKON BAHARU 1 MALAYSIA NEGARAKU DISERAHKAN KEPADA YAB PERDANA MENTERI

PUTRAJAYA, 18 Ogos – Ikon 1Malaysia yang baharu diserahkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri oleh Yang Berhormat Datuk Seri Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia dalam satu majlis ringkas di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.  Penyerahan ini disaksikan oleh YBhg. Tan Sri Lim Kok Wing selaku Penyelaras Program Khas kepada Perdana Menteri. Turut hadir Datuk Sri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

Sejak pelancarannya, inisiatif 1Malaysia telah diterima sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dan Ikon 1Malaysia telah menjadi simbol yang paling dikenali di negara ini yang merangkumi prinsip yang berteraskan keterangkuman, kesatuan dan kebersamaan.

Ikon baharu 1Malaysia yang menggabungkan Jalur Gemilang dan Negaraku  ini akan menjadi satu simbol yang menguatkan mesej dan memberikan platform yang lebih khusus bagi memupuk perpaduan negara.

Sambil mempamerkan imej sebuah negara yang bersatu-padu dan ikonik, ikon baharu ini memberi semangat kepada rakyat Malaysia untuk mengukuhkan kesetiaan dan komitmen mereka terhadap perpaduan dan keharmonian melalui 1Malaysia Negaraku.

Pelancaran rasmi Ikon 1Malaysia Negaraku akan diadakan pada 23 Ogos 2017 dalam majlis ringkas di Pejabat Perdana Menteri.
Logo ini boleh dimuat turun di laman sesawang KKMM di www.kkmm.gov.my.

#kkmm
#negaraku
#harikebangsaan

2017年8月5日星期六

激励语录分享

大环境改造不了,你就努力去改造小环境。 

小环境还是改造不了,你就好好去适应环境,等待改造的机会。